Kenangan konsert DESTRUCTION di Singapore pada 2011..
KUMPULAN Destruction mula terbabit dalam persada muzik di peringkat
antarabangsa apabila mereka menghasilkan album mini pertama berjudul
Sentence of Death pada 1984.
Sejak saat itu, trio berasal dari Weil Am Rhein, Jerman ini yang
ditubuhkan pada 1982 bukan sahaja mempunyai ramai peminat di Eropah,
Amerika Syarikat tetapi juga rantau Asia Tenggara.
Bukan setakat para peminat, malah kumpulan yang mengetengahkan muzik
thrash metal ini juga menanti-nantikan saat yang sesuai untuk mengadakan
konsert di rantau ini.
Kami tidak menyangka selepas 29 tahun Destruction ditubuhkan baru
sekarang kami berpeluang mengadakan konsert di tempat anda. Kami amat
gembira dengan kunjungan yang bermakna ini.
Saya dapat tahu ramai peminat kami dari Malaysia, Thailand dan
Filipina datang di konsert ini, kata vokalis Destruction, Schmier pada
konsert kumpulannya itu di Singapura, baru-baru ini.
Konsert Destruction Live In Singapore itu merupakan yang pertama
diadakan di Asia Tenggara di mana dua hari selepas itu mereka meneruskan
persembahan di Jakarta, Indonesia.
Pada konsert anjuran Cynical Sounds yang mengenakan tiket S$55
(RM132), S$69 (RM165) dan S$90 (RM216) itu Destruction memperlihatkan
aksi-aksi hebat.
Trio yang dianggotai oleh Schmier selaku vokalis dan bassis, Mike
(gitaris) serta Wawrzyniec (dram) itu tampil bertenaga pada konsert yang
mengambil masa hampir 90 minit tanpa henti itu.
Mike dan Schmier yang merupakan anggota asal Destruction tampil
dengan 16 lagu lama dan baru mereka ternyata berjaya mengubat penantian
para peminat selama 29 tahun lamanya.
Konsert yang diadakan di The Pavillion, Far East Square, China
Street, Singapura itu mula riuh dengan jerit pekik 350 peminat yang
seolah-olah tidak sabar dengan kemunculan mereka.
Destruction tampil di pentas pada pukul 9 malam dengan membawakan
lagu berjudul Curse yang dipetik daripada album Eternal Devastation
(1986) yang dimulakan dengan sebuah intro.
Memandangkan itu adalah konsert sulung mereka di Asia Tenggara, maka
kebanyakan lagu yang disampaikan pada malam itu terdiri daripada
lagu-lagu lama yang masih diminati ramai.
Antaranya berjudul Mad Butcher, Eternal Ban, Life Without Sense,
Death Trap, Bestial Invasion, Total Desaster dan Thrash till Death yang
berjaya mengimbau memori para peminat.
Kebanyakan lagu itu dipetik daripada album klasik Destruction
antaranya bertajuk Release From Agony (1988), Mad Butcher (1987) dan
Cracked Brain (1990) yang masih dijual sehingga ke hari ini.
Namun, Destruction tidak lupa menyampaikan lagu-lagu yang dipetik
daripada album terbaru mereka iaitu Day of Reckoning yang diterbitkan
awal tahun ini.
Lagu-lagu baru yang dibawakan antaranya berjudul Armagedonizer, Hate
Is My Fuel, Tears of Blood, D.E.V.O.L.U.T.I.O.N. serta Nailed To The
Cross.
Schmier atau nama sebenarnya Marcel Schirmer berkata, dia tidak
menyangka para peminat di rantau ini masih meminati Destruction biarpun
banyak kumpulan baru muncul.
Saya juga begitu teruja kerana anda masih mengingati lagu-lagu kami dan menyanyikannya bersama-sama saya.
Oleh kerana sambutan ini, kami bercadang mahu datang ke sini lagi
tetapi bersama dua lagi kumpulan thrash metal Jerman iaitu Kreator dan
Sodom, ujarnya dengan penuh semangat.
Destruction yang telah menghasilkan 11 album penuh, empat album mini
dan tiga album yang dirakamkan daripada konsert mereka boleh
dikategorikan sebagai pemuzik legenda.
Ini kerana, Destruction yang asalnya dikenali sebagai Knight of Demon
telah mengadakan banyak siri konsert jelajah dunia sehingga ke Amerika
Utara pada awal tahun ini.
Malah, konsert mereka pada Wacken Open Air Festival di Hamburg,
Jerman pada 2007 telah disaksikan hampir 80,000 peminat muzik metal yang
datangnya dari seluruh pelusuk dunia.
Ternyata konsert Destruction di Pulau Temasek itu memberi kepuasan
kerana lagu-lagu yang mereka nyanyikan adalah yang menjadi kegemaran
para peminat sejak dari dulu hingga kini.
Thursday, 30 January 2014
Tuesday, 28 January 2014
MORBID ANGEL Live in Singapore 2011..
DALAM persada muzik death metal peringkat antarabangsa, nama kumpulan Morbid Angel tidak perlu diperkenalkan lagi. Ini kerana, kumpulan yang ditubuhkan di Florida, Amerika Syarikat pada tahun 1984 ini telah menghasilkan sembilan album.
Dengan album yang mencecah jualan jutaan unit di seluruh dunia, Morbid Angel juga banyak mencipta nama menerusi konsert yang diadakan di seluruh dunia sejak kumpulan itu ditubuhkan 27 tahun lalu.
Terbaru, kumpulan yang dianggotai oleh David Vincent (penyanyi, bassis), Trey Azagthoth (gitaris), Tim Yeung (dram) dan Destructhor (gitaris) itu akan mengadakan konsert di Singapura pada 25 Mei ini.
Konsert sulung mereka di rantau Asia Tenggara anjuran Cynical Sounds itu, Morbid Angel akan beraksi di D Marque, Down Town East, Pasir Ris, Singapura kira-kira dua jam tanpa henti.
Menurut pemilik Cynical Sounds, Yazeed Duana, 35, beliau mengambil masa hampir setahun bagi mendapatkan tarikh yang sesuai untuk membawa kumpulan pemuzik bingit itu bagi mengadakan persembahan di republik tersebut.
Morbid Angel adalah sebuah kumpulan death metal yang aktif di mana mereka banyak mengadakan siri konsert bergerak di seluruh dunia. Mereka semakin sibuk sejak kemunculan album terbaru yang berjudul Illud Divium Insanus tahun lalu.
Selain Singapura, mereka juga mengadakan konsert bergerak di negara-negara lain seperti Australia, Sweden, Jerman, Perancis, Denmark, Poland dan United Kingdom (UK).
Menariknya, konsert Morbid Angel ini bukan sahaja yang pertama diadakan di Singapura tetapi juga di Asia Tenggara, katanya kepada Hits sewaktu dihubungi di Singapura baru-baru ini.
Bukan setakat kesukaran mendapatkan tarikh yang sesuai tetapi jelas Yazeed, pihaknya juga terpaksa mengeluarkan kos melebihi S$50,000 (RM110,000) bagi membawa kumpulan ternama itu menghiburkan para peminat di rantau ini.
Sehubungan itu, pihaknya juga tiada pilihan selain mengenakan tiket berharga S$79 dolar (RM173) dan S$100 dolar (RM220) bagi menampung kos tersebut.
Disebabkan kos penganjuran konsert yang tinggi, kami juga tidak dapat menyediakan tempat yang besar di mana D Marque hanya mampu menampung sekitar 2,000 penonton sahaja. Ini bermakna ia terhad dan untuk para peminat setia kumpulan ini sahaja.
Selain peminat di Singapura, ramai juga peminat Morbid Angel dari Malaysia, Indonesia, Filipina, Jepun, India dan Thailand akan datang menyaksikan konsert tersebut.
Apatah lagi, sebelum berkunjung ke Singapura, konsert mereka yang sepatutnya diadakan di Tokyo, Jepun telah dibatalkan kerana sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, jelasnya.
Selepas mengadakan konsert di Singapura, Morbid Angel akan meneruskan persembahan mereka ke Melbourne dan Sydney, Australia, masing-masing pada 27 dan 28 Mei ini.
Kata Yazeed, selain menyanyikan lagu-lagu daripada album Illud Divium Insanus terbitan syarikat rakaman Perancis, Season of Mist, kumpulan itu juga dijangkakan akan membawakan lagu-lagu daripada album-album lama mereka.
Sepanjang hampir tiga dekad ditubuhkan Morbid Angel turut pernah menghasilkan album berjudul Altar of Madness, Blessed Are The Sick, Covenant, Domination, Entangled In Chaos, Formulas Fatal To The Flesh, Gateways To Annihilation dan Heretic.
Selain itu, mereka juga akan menjual barangan cenderahati seperti kemeja-T yang dibawakan khas dari Amerika Syarikat dalam edisi terhad di mana setiap sehelai dijual dengan harga S$40 dolar (RM88).
Jika keadaan mengizinkan, para peminat juga berpeluang bergambar dan mendapatkan tandatangan mereka selepas konsert itu. Saya harap para peminat tidak melepaskan peluang itu kerana sehingga kini lebih 1,000 tiket konsert itu sudahpun habis dijual, tuturnya.
Beliau yakin jumlah penonton akan bertambah pada saat-saat akhir berdasarkan lebih sembilan konsert yang pernah dianjurkan oleh Cynical Sounds sejak lima tahun lalu di mana kali terakhir ialah konsert kumpulan Marduk dari Sweden pada tahun lalu.
Apatah lagi ujarnya, promosi konsert itu turut diadakan sejak lebih tiga bulan lalu termasuklah menerusi laman sosial facebook dan kunjungannya ke beberapa negara Asia Tenggara seperti Malaysia.
Biasalah para peminat terutamanya dari luar Singapura akan membeli tiket di saat-saat akhir. Mungkin ia membabitkan kos yang tinggi termasuklah tiket penerbangan dan hotel semata-mata bagi menyaksikan konsert tersebut, katanya lagi.
ends

Tuesday, 14 January 2014
Sacrifice is a Canadian thrash metal band from Toronto, Ontario. The band was formed by guitarists Rob Urbinati and Joe Rico in 1983. Sacrifice played a prominent role in the 1980s underground metal
scene in Toronto, and grew to release four studio albums before parting
ways in 1993. After coming back together to play a reunion concert in
2006, they released their fifth studio album The Ones I Condemn on Brazilian
label Marquee Records in 2009. Although the band faced numerous lineup
changes, especially in their early days, founding guitarists Urbinati,
Rico and bassist Scott Watts recorded every studio album and demo and
drummer Gus Pynn on everything but the Apocalypse Inside demo and CD.
Lineup
Current members
- Rob Urbinati − vocals, guitar (1983–1993, 2006–present)
- Joe Rico − guitar (1983–1993, 2006–present)
- Scott Watts − bass (1983–1993, 2006–present)
- Gus Pynn − drums (1985–1990, 2006–present)
Past members
- Andrew Banks - drums (1983)
- John Baldy − vocals (1983–1985)
- Craig Boyle − drums (1983–1985)
- Ernst Flach − drums (1985)
- Mike Rosenthal − drums (1990–1993)
- Kevin Wimberley − bass (1993)
Discography
Albums
- Torment in Fire(1985), Diabolic Force - also issued (1986), Metal Blade/Roadrunner
- Forward to Termination (1987), Diabolic Force/Metal Blade/Roadrunner/Restless
- Soldiers of Misfortune (1991), Fringe Product - also, Metal Blade
- Apocalypse Inside (1993), Metal Blade
- The Ones I Condemn (2009), Marquee Records Brazil - Sonic Unyon/War on Music/Cyclone Empire
Compilation
- 198666 (2006), War on Music - limited edition red double vinyl
Singles
- "Anthem" (2010), War on Music - limited edition split single with Propagandhi
Demos
- Rehearsal (1984)
- Rehearsal No. 2 (1985)
- The Exorcism (1985), Diabolic Force
- Demo 1987 (1987)
- Demo 1989 (1989)
Monday, 6 January 2014
Thursday, 2 January 2014
POSSESSED salah satu band death metal terawal yang aku minat sejak tahun 1987... Album band ni macam Beyond The Gates, 7 Churches antara yang aku dengar sampai sekarang. Antara band yg mempengaruhi zaman remaja aku dolu-dolu la kiranya ni. Kira masterpiece la album diorang ni. Selepas 26 tahun band ni (walaupun bukan dengan full original line-up) diorg akan datang bikin konsert kat Bangcock, Thailand pada Februari 2014 ni. Wow! meremang bulu ketiak dengar la.. Mcm best jerrr.. mcm nak pegi jerrr!!! Mmg kena possessed la nnti huhaiiii! Only death is real..
Current members
- Jeff Becerra – vocals (1983–1987, 2007–present), bass (1983–1987)
- Emilio Marquez – drums (2007–present)
- Daniel Gonzalez – guitar (2011–present)
- Robert Cardenas – bass (2012–present)
Former members
- Barry Fisk – vocals (1983)
- Brian Montana – guitar (1983–1984)
- Mike Sus – drums (1983–1987)
- Mike Torrao – guitar (1983–1987, 1990–1993), vocals (1990–1993)
- Larry LaLonde – guitar (1984–1987)
- Duane Connley – guitar (1990)
- Dave Alex Couch – guitar (1990)
- Colin Carmichael – drums (1990)
- Chris Stolle – drums (1990)
- Bob Yost – bass (1990–1992)
- Mark Strausburg – guitar (1991–1993)
- Walter Ryan – drums (1991–1993)
- Mike Hollman – guitar (1993)
- Paul Perry – bass (1993)
- Ernesto Bueno – guitar (2007–2010)
- Rick Cortez – guitar (2007–2010)
- Bay Cortez – bass (2007–2010)
- Vanik Vartanian – drums (2008–2009)
- Tony Campos – bass guitar (2011–2012)
- Kelly Mclauchlin – guitar (2011–2013)
Thrashing 'till death...
Subscribe to:
Posts (Atom)