With Ventor of KREATOR..
Saturday, 10 May 2014
Sunday, 16 February 2014
SOULFLY Live in Malaysia 2012..
DUNIA muzik di Malaysia semakin meriah sejak akhir-akhir ini.
Sebabnya, banyak kumpulan pemuzik dariluar negara yang mengadakan
konsert termasuklah yang berskala besar daripada pelbagai genre muzik seperti pop sehinggalah metal yang menggegarkan gegendang telinga.
Antaranya festival Rock The World yang telah lebih 10 kali dianjurkan di sekitar Kuala Lumpur. Ini antara festival yang menampilkan banyak pemuzik indie tempatan dan juga antarabangsa. Terbaru ialah festival Rockaway di Sepang, Selangor pada 20 Oktober ini.
Pada festival kali ketiga itu, antara kumpulan terkenal dari luar negara yang akan mengadakan persembahan ialah Soulfly, MXPX, Unearth dan Set Your Goal selain lebih 10 lagi kumpulan rock tempatan dengan tiket-tiket berharga daripada RM138 dan RM178.
Pada tarikh yang sama, turut dianjurkan Malaysia Rock Fest 2012 yang bakal berlangsung di Bukit Kiara, Kuala Lumpur dengan membariskan kumpulan Rusty Blade, Lefthanded, Wings, MAY dan XPDC. Festival dari pukul 6 petang hingga 12 malam itu mengenakan tiket berharga RM88.
Itu tidak termasuk genre-genre muzik lain seperti reggae yang juga tidak mahu ketinggalan. Pada 25 Ogos lalu misalnya, One Love Reggae Festival telah diadakan buat kali kedua di Petaling Jaya dengan menampilkan lebih 20 kumpulan reggae tempatan dan antarabangsa yang berlangsung selama 12 jam tanpa henti.
Pendek kata negara ini memang meriah dengan penganjuran pelbagai festival seperti itu. Kemeriahan paling ketara apabila semakin ramai pemuzik luar negara yang muncul pada festival-festival itu telah menjadi daya penarik buat para peminat tempatan.
Secara tidak langsung, ia boleh menjadikan Malaysia sebagai salah satu tempat persinggahan banyak penyanyi dan pemuzik antarabangsa yang kebanyakannya dalam rangka konsert bergerak di rantau Asia Pasifik terutamanya di Australia, New Zealand, Indonesia dan Singapura.
Namun, kemunculan festival-festival itu pula dilihat seakan-akan tidak boleh pergi jauh. Malah, ada juga yang kata festival yang ada kebanyakannya setakat bertaraf festival kampung sahaja. Paling sedih apabila ia macam iklan biskut kering di televisyen yang sekejap ada dan sekejap hilang.
Festival-festival yang dianjurkan itu sepatutnya perlu konsisten daripada segi penganjurannya pada setiap tahun. Pada masa sama, ia juga sepatutnya boleh dijadikan satu jenama yang semakin popular dan membesar seperti gergasi dari setahun ke setahun penganjurannya.
Penganjuran festival yang secara konsisten bukan sahaja akan memberi kepercayaan kepada para peminat tetapi juga para penyanyi dan pemuzik dari luar negara untuk menyertai sesebuah festival itu. Penjenamaan sesebuah festival juga akan memberi imej yang baik untuk negara ini.
Negara tentunya akan mendapat banyak pendedahan daripada segi penganjuran festival dan teknologi-teknologi dalam bidang muzik yang turut di bawa masuk ke negara ini. Selain itu, negara juga mendapat banyak publisiti atas kunjungan ramai artis antarabangsa.
Pendekatan itu telah lama dilakukan oleh negara jiran, Singapura yang menjadi tumpuan utama ramai artis antarabangsa di rantau Asia Tenggara. Sokongan kerajaan negara itu banyak melonjakkan promosi sektor pelancongannya di luar negara dengan penganjuran pelbagai festival.
Selain itu, satu lagi aspek utama penganjuran festival di sini agar pihak penganjur tidak syok sendiri dalam mengetengahkan artis sama ada tempatan atau dari luar negara. Ada di kalangan artis yang ditampilkan lebih menjadi kegemaran peribadi pihak penganjur berbanding para peminat.
Pelbagai usaha boleh dilakukan, contohnya dengan mengadakan undian atau kaji selidik di laman sosial seperti Facebook bagi mengenal pasti penyanyi atau pemuzik mana yang menjadi pilihan ramai untuk diketengahkan pada masa depan.
Tanpa adanya perkiraan-perkiraan seperti itu, festival yang dianjurkan di negara ini tidak akan pergi ke mana. Festival-festival seperti itu juga hanya bersifat popular sementara. Malah, jauh sekali untuk mengangkat identiti dan nama negara di mata dunia.
Justeru, lebih baik menganjurkan festival seperti Rainforest Music Festival yang diadakan di Santubong, Sarawak. Meskipun tidak popular dalam persada muzik arus perdana, tetapi festival berteraskan muzik etnik tersebut sudah lama popular sehingga ke peringkat dunia kerana keunikan dan konsisten penganjurannya sejak lebih 10 tahun yang lalu.
ends/
Tuesday, 4 February 2014
With Travis Clark of WE THE KINGS - June 2012, Bukit Jalil, Kuala Lumpur, MALAYSIA.
JARANG berlaku artis berkumpulan antarabangsa yang datang ke negara ini dan mengadakan konsert cuma selama 30 minit. Sesuatu yang mengejutkan juga apabila kumpulan yang menjadi artis pembuka tirai pula mengadakan persembahan lebih lama.
Namun, itulah yang berlaku sewaktu kumpulan pop punk, We The Kings mengadakan persembahan di Bukit Jalil, Kuala Lumpur baru-baru ini. Kumpulan dari Bradenton, Florida, Amerika Syarikat (AS) itu mengadakan persembahan selama setengah jam sahaja.
We The Kings yang dianggotai oleh Travis Clark selaku penyanyi dan gitaris, Hunter Thomsen (gitar), Danny Duncan (dram), Charles Trippy (bass) dan Coley OToole (piano) muncul di pentas pada pukul 11.40 dan menamatkan persembahan mereka pukul 12.10 malam.
Menurut Travis mereka sengaja memendekkan persembahan pada malam itu bagi memberi peluang para peminat bertemu dengan mereka selepas konsert tersebut. Ternyata We The Kings mengotakan kata-kata mereka biarpun acara itu berlarutan sehingga awal dinihari.
Kami harap anda semua terhibur dengan lagu-lagu yang kami persembahkan pada malam ini. Apabila persembahan ini dipendekkan maka lebih cepat kami dapat berjumpa anda dengan lebih dekat lagi. Kami ada hadiah untuk anda semua," katanya pada konsert tersebut.
Pada malam itu, We The Kings sepatutnya menyampaikan 13 buah lagu tetapi ia dipendekkan menjadi lapan buah lagu. Kebanyakkan lagu yang dipersembahkan di hadapan kira-kira 500 peminat terdiri daripada lagu-lagu popular kumpulan yang ditubuhkan pada 2005 itu.
Lapan lagu yang disampaikan oleh Travis itu berjudul She Takes Me High, Skyway Avenue, Secret Valentine, Well Be A Dream, Heaven Can Wait, Say You Like Me, The Middle dan lagu paling popular mereka, Check Yes Juliet yang dinyanyikan bersama-sama para penonton.
Meskipun cuma sebuah persembahan yang singkat tetapi kebanyakan penonton yang berusia bawah 25 tahun dan berbilang bangsa teruja apabila mereka dilihat menyanyikan hampir kesemua lagu yang dinyanyikan oleh Travis sehingga menenggelamkan vokalnya.
Banyak lagu popular We The Kings seperti Friday Is Forever, What You Do To Me, Kiss Me Last, Every Single Dollar dan All Again For You yang sepatutnya dipersembahkan pada malam itu ditiadakan kerana mereka mahu mengadakan acara sesi bertemu peminat itu.
Pada sesi itu, We The Kings yang pernah dicalonkan menerusi kategori Artis Baru Terbaik pada Anugerah MTV Video pada tahun 2008 memberi kira-kira 20 cakera padat album ketiga mereka berjudul Sunshine State of Mind yang mereka tandatangani kepada peminat bertuah.
Pada masa sama, pentas sunyi sepi selama hampir sejam sebelum We The Kings muncul di atas pentas kerana masalah teknikal. Faktor itu mungkin menjadi salah satu sebab mengapa mereka terpaksa memendekkan durasi persembahan pada malam itu.
Konsert itu turut dijayakan oleh sebuah kumpulan pop punk dari Poughkeepsie, New York, AS yang dikenali sebagai We Are In The Crowd tampil mengadakan persembahan selama hampir sejam dengan membawakan 11 buah lagu popular mereka sebelum kemunculan We The Kings.
Selain dua kumpulan dari AS itu, tiga kumpulan tempatan iaitu Bunkface, Kyoto Protocol dan Oh Chenta Ku menjadi artis jemputan pada konsert anjuran Talent Harvest Agency yang bermula pukul 8 malam dan mengenakan tiket-tiket berharga RM68 dan RM248.
ends
Monday, 3 February 2014
METALLICA - Death Magnetic World Tour 2009 - O2 Arena, London, UK
BIARPUN mencecah usia penghujung 40-an, namun faktor itu tidak menghalang Metallica untuk membuktikan bahawa mereka masih bertenaga di atas pentas persembahan.
Kumpulan thrash metal yang ditubuhkan di Los Angeles, Amerika Syarikat (AS) pada 1981 ini tetap ligat dan agresif setiap kali mereka tampil mengadakan konsert walau di mana juga.
Stamina dan gaya persembahan mantap Metallica itu misalnya, dapat dilihat menerusi Konsert World Magnetic Tour 2009 mereka yang berlangsung di O2 Arena Stadium, London, United Kingdom, baru-baru ini.
Menerusi konsert itu, Metallica yang dianggotai oleh James Hetfield, 46, selaku penyanyi dan gitaris, Lars Ulrich, 46, (dram), Kirk Hammett, 47, (gitaris) dan Robert Trujillo, 45, (bassis) tidak menghadapi masalah untuk beraksi selama hampir dua jam tanpa henti.
Untuk siri konsert bergerak jelajah dunia itu, mereka akan menjayakan hampir 100 buah persembahan sebelum ia berakhir di San Jose, California, AS pada 12 Disember ini.
Siri konsert Metallica itu juga diadakan hampir pada setiap hari mulai bulan lalu di banyak negara seperti Perancis, Jerman, Austria, Belanda, Finland, Itali, Belgium, Sepanyol, Switzerland, Denmark, Sweden, Ireland, Norway, Mexico dan AS.
Paling mengejutkan, tiket konsert-konsert Metallica yang akan diadakan di Copenhagen, Denmark pada 20, 22, 23, 27 dan 28 Julai ini habis dijual lebih awal iaitu kira-kira empat bulan sebelum ia diadakan!
Terbukti dengan jadual konsert mereka yang padat, apatah lagi terpaksa menyeberangi sempadan banyak negara, ia seolah-olah sedikit pun tidak memenatkan kudrat dan semangat kumpulan empat anggota ini.
Sebaliknya, sama seperti konsert-konsert Metallica sebelum ini, mereka akan sentiasa bertanya kepada para penonton untuk menyanyikan apa sahaja lagu daripada album-album mereka yang terdahulu.
"Anda mahu lagi? Mahu dengar lagu apa?." Itu antara ungkapan biasa James setiap kali Metallica muncul di pentas termasuklah ketika mereka beraksi di O2 Arena Stadium yang disaksikan oleh hampir 20,000 penonton itu.
Stadium yang terletak di pinggir kota London itu sebenarnya hanya mampu memuatkan sekitar 18,000 penonton, tetapi ia menjadi sesak apabila bahagian tengahnya turut dipenuhi penonton.
Dalam cuaca sejuk yang mencecah suhu 5 darjah celsius ditambah dengan hujan renyai-renyai, ia tidak mematahkan semangat para peminat untuk membanjiri kawasan stadium tersebut.
Bagi para pengumpul barangan rasmi Metallica seperti kemeja-T, baju sejuk, topi, rantai kunci dan seluar pendek berlogokan kumpulan itu ia bagaikan suatu pesta membeli-belah.
Ini kerana, ramai yang berebut-rebut mahu mendapatkan barangan tersebut yang dijual di luar kawasan stadium dan kebanyakannya diedarkan dalam bentuk edisi terhad.
Sebagai contohnya, sehelai kemeja-T Metallica yang memaparkan gambar kulit album Death Magnetic di depan dan tour dates di belakang dijual dengan harga 20 pound sterling (RM106).
Seperti sudah menjadi kegemaran Metallica, kumpulan ini sering muncul dengan pentas yang direka dan diletakkan di bahagian tengah stadium berbentuk empat penjuru.
Set pentas kecil dram yang menempatkan posisi Lars Ulrich itu pula direka bentuk mudah alih dan boleh dipusingkan dalam pusingan 360 darjah bagi membolehkan para penonton menatapnya dari semua arah.
Persembahan bertenaga Metallica itu juga dapat dilihat apabila James, Kirk dan Robert tidak hanya statik berdiri beraksi bermain gitar sambil menyanyi pada satu-satu sudut pentas sahaja.
Tiga anggota kumpulan ini contohnya, sentiasa akan ke hulu ke hilir di setiap sudut pentas agar para penonton dapat melihat persembahan mereka dari jarak yang lebih dekat.
Sistem penataan bunyi dan cahaya yang digunakan oleh Metallica pada konsert itu berteknologi tinggi di mana ia memerlukan beberapa kontena bagi membawa segala peralatan canggih tersebut.
Kecanggihan teknologi itu dapat dilihat apabila sebanyak lapan replika berbentuk keranda gergasi direka bentuk menjadi sebuah set lampu yang menyuluh pergerakan setiap anggota kumpulan terbabit sewaktu mereka sedang beraksi.
World Magnetic Tour 2009 yang dianjurkan sempena kemunculan album terbaru mereka berjudul Death Magnetic menggambarkan bahawa Metallica tetap bertenaga sama seperti di awal penubuhan kumpulan itu 28 tahun lalu.
Death Magnetic yang diterbitkan pada tahun lalu itu dikatakan mempunyai energi yang hampir sama tahap dentuman keras muziknya dengan empat album terawal Metallica sebelum ini.
Empat album berjudul Kill 'Em All, Ride The Lightning, Master of Puppets dan ...And Justice For All itu dikatakan sebagai album terbaik yang pernah mereka hasilkan.
Pada konsert itu, Metallica tetap bertenaga meskipun membawakan lagu-lagu yang boleh dikatakan lebih berat berbanding lagu-lagu yang terdapat dalam album Death Magnetic.
Sebagai contohnya, James tetap unggul menyanyikan lagu-lagu berjudul Master of Puppets daripada album Master of Puppets yang dirakamkan di Denmark pada tahun 1986.
Meskipun sudah 23 tahun berlalu, tetapi Metallica masih mampu menyampaikan lagu itu dengan baik dan bertenaga sama seperti persembahan mereka dua dekad yang lalu.
Mega yang diundang menyaksikan konsert tajaan bersama AirAsia X dan Universal Music Malaysia dengan tiket konsert berharga 45 pound sterling (RM238) itu dapat melihat keterujaan Metallica serta para peminat mereka.
Hampir separuh daripada penonton yang menyaksikan konsert itu merupakan peminat Metallica yang berusia 30 tahun ke atas.
Mereka kelihatan tidak segan silu mengangguk-anggukkan kepala ketika menghayati irama lagu-lagu berentak berat yang dipersembahkan.
Bukan setakat peminat di London, malah dua wakil media yang dibawa dari Kuala Lumpur juga amat teruja ketika menyaksikan konsert tersebut.
Paling mengujakan apabila empat anggota kumpulan itu sempat meluangkan masa bertanya khabar, berbual-bual dengan kami sambil bergambar serta menurunkan tandatangan mereka pada kulit album Death Magnetic.
James Hetfield yang ditemui di belakang pentas sebelum konsert itu bermula membayangkan akan singgah di negara-negara Asia Tenggara untuk konsert bergerak World Magnetic Tour yang seterusnya.
"Tunggulah sahaja kemunculan kami untuk konsert bergerak seterusnya di Asia pada tahun depan. Siapa tahu, mungkin kami juga akan singgah di Malaysia," ujarnya.
Sebagai rekod, kali terakhir Metallica singgah di Asia Tenggara ialah pada 1991 sempena promosi album Metallica di mana ketika itu mereka sempat mengadakan konsert di Singapura dan Jakarta, Indonesia.
Kumpulan yang sudah boleh dianggap legenda dalam persada muzik thrash metal peringkat antarabangsa ini mempunyai peminat yang bukan kepalang walau di mana-mana juga.
Hakikat itu dapat dilihat apabila album Death Magnetic yang mula dipasarkan tahun lalu oleh Universal Music berjaya dijual lebih 20,000 unit di negara ini.
Persembahan Metallica pada malam itu dimulakan dengan membawakan lagu-lagu terbaru mereka yang berjudul That Was Just Your Life dan The End of the Line.
Metallica seakan-akan faham bahawa lagu-lagu lama mereka tidak pernah jemu didengar dan ia juga mampu menceriakan setiap konsert yang mereka jayakan di seluruh dunia.
Sebab itu, tidak hairanlah mereka kemudiannya menyambung persembahan dengan lagu berjudul Harvester of Sorrow, ...And Justice For All dan sebuah lagu perlahan berjudul One yang dipetik daripada album ...And Justice For All.
Para peminat terutamanya peminat lama Metallica juga terpegun apabila mereka tampil mempersembahkan lagu-lagu lama seperti Fight Fire With Fire yang diambil daripada album Ride The Lightning dan Master of Puppets (Master of Puppets).
Lagu-lagu lain yang turut dipersembahkan pada malam itu berjudul Broken Beat and Scarred, My Apocalypse, The Outlaw True, The Judas Kiss, The Day That Never Comes dan Overkill.
Mereka terus mengimbau nostalgia para peminat lama menerusi lagu berjudul Nothing Else Matters dan Enter Sandman yang dipetik daripada album Metallica.
Selain Metallica, kumpulan Machine Head dan The Swords telah diundang sebagai kumpulan pembuka tirai persembahan pada malam itu.
Persembahan mereka diakhiri dengan lagu berjudul Hit The Light dan Seek And Destroy yang dipetik daripada album Kill 'Em All sambil dinyanyikan bersama-sama oleh para penonton.
Puluhan belon besar berwarna hitam berlogokan Metallica yang digugurkan dari atas pentas merupakan kemuncak konsert itu yang ternyata memberi senyuman kepuasan kepada para peminat setia mereka.
ends
Sunday, 2 February 2014
GRAVE Live in Singapore 2008 !
RAMAI pemuzik metal terutamanya dari Scandinavia menjadikan negara-negara Asia Tenggara terutamanya Indonesia dan Malaysia sebagai tempat persinggahan dalam siri konsert bergerak mereka di seluruh dunia sejak kebelakangan ini.
Kumpulan death metal dari Sweden, Grave misalnya, memilih Singapura sebagai salah satu destinasi konsert bergerak, Soulness Dominion Tour 2008 mereka yang akan diadakan di Republic Cultural Centre, Woodlands, di republik itu pada 30 November 2008 pukul 6.30 petang.
Menurut gitaris dan vokalis kumpulan itu, Ola Per Mikael Lindgren, dia dan dua lagi anggota Grave tertarik untuk mengadakan konsert di Asia Tenggara kerana mereka mahu merasai sendiri kelainan sambutan para peminat yang berlainan budaya dan bangsa di rantau sebelah sini.
Malah, Grave katanya juga berasa teruja untuk beraksi di depan para peminat yang telah menyokong mereka sejak 20 tahun lalu, apatah lagi selepas mendengar cerita positif daripada rakan-rakan mereka yang pernah melawat Singapura sebelum ini.
Pada 13 Julai 2008 lalu, kawan-kawan senegara kami daripada kumpulan Disember telah mengadakan persembahan di Singapura di mana sambutan para peminat terhadap mereka sungguh hebat sekali, katanya yang menubuhkan Grave 20 tahun lalu di Stockholm, Sweden.
Selain Ola, Grave yang pada mulanya dikenali sebagai Corpse turut dianggotai oleh Fredrik Nils Isaksson (bassis) dan Ronnie Per Anders Bergerstahl (dram) sepatutnya dijadualkan mengadakan persembahan di Kuala Lumpur pada 29 November ini, tetapi dibatalkan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.
Konsert anjuran Cynical Sounds dari Singapura dan Bleed Records (Australia) itu dijangka akan dihadiri ramai peminat Grave dari Malaysia, Indonesia dan Thailand.
Selepas Singapura, Grave akan meneruskan siri konsert mereka di Perth (2 Disember), Sydney (4 Disember), Brisbane (5 Disember), Melbourne (7 Disember), Adelaide, Australia (8 Disember) dan Auckland, New Zealand (10 Disember).
Tiket untuk menyaksikan konsert Grave itu berharga S$47 dan S$60. Kumpulan death metal veteran Singapura, Vrykolakas pula akan muncul sebagai artis pembuka tirai persembahan pada konsert tersebut.

Thursday, 30 January 2014
Kenangan konsert DESTRUCTION di Singapore pada 2011..
KUMPULAN Destruction mula terbabit dalam persada muzik di peringkat antarabangsa apabila mereka menghasilkan album mini pertama berjudul Sentence of Death pada 1984.
Sejak saat itu, trio berasal dari Weil Am Rhein, Jerman ini yang ditubuhkan pada 1982 bukan sahaja mempunyai ramai peminat di Eropah, Amerika Syarikat tetapi juga rantau Asia Tenggara.
Bukan setakat para peminat, malah kumpulan yang mengetengahkan muzik thrash metal ini juga menanti-nantikan saat yang sesuai untuk mengadakan konsert di rantau ini.
Kami tidak menyangka selepas 29 tahun Destruction ditubuhkan baru sekarang kami berpeluang mengadakan konsert di tempat anda. Kami amat gembira dengan kunjungan yang bermakna ini.
Saya dapat tahu ramai peminat kami dari Malaysia, Thailand dan Filipina datang di konsert ini, kata vokalis Destruction, Schmier pada konsert kumpulannya itu di Singapura, baru-baru ini.
Konsert Destruction Live In Singapore itu merupakan yang pertama diadakan di Asia Tenggara di mana dua hari selepas itu mereka meneruskan persembahan di Jakarta, Indonesia.
Pada konsert anjuran Cynical Sounds yang mengenakan tiket S$55 (RM132), S$69 (RM165) dan S$90 (RM216) itu Destruction memperlihatkan aksi-aksi hebat.
Trio yang dianggotai oleh Schmier selaku vokalis dan bassis, Mike (gitaris) serta Wawrzyniec (dram) itu tampil bertenaga pada konsert yang mengambil masa hampir 90 minit tanpa henti itu.
Mike dan Schmier yang merupakan anggota asal Destruction tampil dengan 16 lagu lama dan baru mereka ternyata berjaya mengubat penantian para peminat selama 29 tahun lamanya.
Konsert yang diadakan di The Pavillion, Far East Square, China Street, Singapura itu mula riuh dengan jerit pekik 350 peminat yang seolah-olah tidak sabar dengan kemunculan mereka.
Destruction tampil di pentas pada pukul 9 malam dengan membawakan lagu berjudul Curse yang dipetik daripada album Eternal Devastation (1986) yang dimulakan dengan sebuah intro.
Memandangkan itu adalah konsert sulung mereka di Asia Tenggara, maka kebanyakan lagu yang disampaikan pada malam itu terdiri daripada lagu-lagu lama yang masih diminati ramai.
Antaranya berjudul Mad Butcher, Eternal Ban, Life Without Sense, Death Trap, Bestial Invasion, Total Desaster dan Thrash till Death yang berjaya mengimbau memori para peminat.
Kebanyakan lagu itu dipetik daripada album klasik Destruction antaranya bertajuk Release From Agony (1988), Mad Butcher (1987) dan Cracked Brain (1990) yang masih dijual sehingga ke hari ini.
Namun, Destruction tidak lupa menyampaikan lagu-lagu yang dipetik daripada album terbaru mereka iaitu Day of Reckoning yang diterbitkan awal tahun ini.
Lagu-lagu baru yang dibawakan antaranya berjudul Armagedonizer, Hate Is My Fuel, Tears of Blood, D.E.V.O.L.U.T.I.O.N. serta Nailed To The Cross.
Schmier atau nama sebenarnya Marcel Schirmer berkata, dia tidak menyangka para peminat di rantau ini masih meminati Destruction biarpun banyak kumpulan baru muncul.
Saya juga begitu teruja kerana anda masih mengingati lagu-lagu kami dan menyanyikannya bersama-sama saya.
Oleh kerana sambutan ini, kami bercadang mahu datang ke sini lagi tetapi bersama dua lagi kumpulan thrash metal Jerman iaitu Kreator dan Sodom, ujarnya dengan penuh semangat.
Destruction yang telah menghasilkan 11 album penuh, empat album mini dan tiga album yang dirakamkan daripada konsert mereka boleh dikategorikan sebagai pemuzik legenda.
Ini kerana, Destruction yang asalnya dikenali sebagai Knight of Demon telah mengadakan banyak siri konsert jelajah dunia sehingga ke Amerika Utara pada awal tahun ini.
Malah, konsert mereka pada Wacken Open Air Festival di Hamburg, Jerman pada 2007 telah disaksikan hampir 80,000 peminat muzik metal yang datangnya dari seluruh pelusuk dunia.
Ternyata konsert Destruction di Pulau Temasek itu memberi kepuasan kerana lagu-lagu yang mereka nyanyikan adalah yang menjadi kegemaran para peminat sejak dari dulu hingga kini.
ends..

Tuesday, 28 January 2014
MORBID ANGEL Live in Singapore 2011..
DALAM persada muzik death metal peringkat antarabangsa, nama kumpulan Morbid Angel tidak perlu diperkenalkan lagi. Ini kerana, kumpulan yang ditubuhkan di Florida, Amerika Syarikat pada tahun 1984 ini telah menghasilkan sembilan album.
Dengan album yang mencecah jualan jutaan unit di seluruh dunia, Morbid Angel juga banyak mencipta nama menerusi konsert yang diadakan di seluruh dunia sejak kumpulan itu ditubuhkan 27 tahun lalu.
Terbaru, kumpulan yang dianggotai oleh David Vincent (penyanyi, bassis), Trey Azagthoth (gitaris), Tim Yeung (dram) dan Destructhor (gitaris) itu akan mengadakan konsert di Singapura pada 25 Mei ini.
Konsert sulung mereka di rantau Asia Tenggara anjuran Cynical Sounds itu, Morbid Angel akan beraksi di D Marque, Down Town East, Pasir Ris, Singapura kira-kira dua jam tanpa henti.
Menurut pemilik Cynical Sounds, Yazeed Duana, 35, beliau mengambil masa hampir setahun bagi mendapatkan tarikh yang sesuai untuk membawa kumpulan pemuzik bingit itu bagi mengadakan persembahan di republik tersebut.
Morbid Angel adalah sebuah kumpulan death metal yang aktif di mana mereka banyak mengadakan siri konsert bergerak di seluruh dunia. Mereka semakin sibuk sejak kemunculan album terbaru yang berjudul Illud Divium Insanus tahun lalu.
Selain Singapura, mereka juga mengadakan konsert bergerak di negara-negara lain seperti Australia, Sweden, Jerman, Perancis, Denmark, Poland dan United Kingdom (UK).
Menariknya, konsert Morbid Angel ini bukan sahaja yang pertama diadakan di Singapura tetapi juga di Asia Tenggara, katanya kepada Hits sewaktu dihubungi di Singapura baru-baru ini.
Bukan setakat kesukaran mendapatkan tarikh yang sesuai tetapi jelas Yazeed, pihaknya juga terpaksa mengeluarkan kos melebihi S$50,000 (RM110,000) bagi membawa kumpulan ternama itu menghiburkan para peminat di rantau ini.
Sehubungan itu, pihaknya juga tiada pilihan selain mengenakan tiket berharga S$79 dolar (RM173) dan S$100 dolar (RM220) bagi menampung kos tersebut.
Disebabkan kos penganjuran konsert yang tinggi, kami juga tidak dapat menyediakan tempat yang besar di mana D Marque hanya mampu menampung sekitar 2,000 penonton sahaja. Ini bermakna ia terhad dan untuk para peminat setia kumpulan ini sahaja.
Selain peminat di Singapura, ramai juga peminat Morbid Angel dari Malaysia, Indonesia, Filipina, Jepun, India dan Thailand akan datang menyaksikan konsert tersebut.
Apatah lagi, sebelum berkunjung ke Singapura, konsert mereka yang sepatutnya diadakan di Tokyo, Jepun telah dibatalkan kerana sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, jelasnya.
Selepas mengadakan konsert di Singapura, Morbid Angel akan meneruskan persembahan mereka ke Melbourne dan Sydney, Australia, masing-masing pada 27 dan 28 Mei ini.
Kata Yazeed, selain menyanyikan lagu-lagu daripada album Illud Divium Insanus terbitan syarikat rakaman Perancis, Season of Mist, kumpulan itu juga dijangkakan akan membawakan lagu-lagu daripada album-album lama mereka.
Sepanjang hampir tiga dekad ditubuhkan Morbid Angel turut pernah menghasilkan album berjudul Altar of Madness, Blessed Are The Sick, Covenant, Domination, Entangled In Chaos, Formulas Fatal To The Flesh, Gateways To Annihilation dan Heretic.
Selain itu, mereka juga akan menjual barangan cenderahati seperti kemeja-T yang dibawakan khas dari Amerika Syarikat dalam edisi terhad di mana setiap sehelai dijual dengan harga S$40 dolar (RM88).
Jika keadaan mengizinkan, para peminat juga berpeluang bergambar dan mendapatkan tandatangan mereka selepas konsert itu. Saya harap para peminat tidak melepaskan peluang itu kerana sehingga kini lebih 1,000 tiket konsert itu sudahpun habis dijual, tuturnya.
Beliau yakin jumlah penonton akan bertambah pada saat-saat akhir berdasarkan lebih sembilan konsert yang pernah dianjurkan oleh Cynical Sounds sejak lima tahun lalu di mana kali terakhir ialah konsert kumpulan Marduk dari Sweden pada tahun lalu.
Apatah lagi ujarnya, promosi konsert itu turut diadakan sejak lebih tiga bulan lalu termasuklah menerusi laman sosial facebook dan kunjungannya ke beberapa negara Asia Tenggara seperti Malaysia.
Biasalah para peminat terutamanya dari luar Singapura akan membeli tiket di saat-saat akhir. Mungkin ia membabitkan kos yang tinggi termasuklah tiket penerbangan dan hotel semata-mata bagi menyaksikan konsert tersebut, katanya lagi.

Tuesday, 14 January 2014
Sacrifice is a Canadian thrash metal band from Toronto, Ontario. The band was formed by guitarists Rob Urbinati and Joe Rico in 1983. Sacrifice played a prominent role in the 1980s underground metal
scene in Toronto, and grew to release four studio albums before parting
ways in 1993. After coming back together to play a reunion concert in
2006, they released their fifth studio album The Ones I Condemn on Brazilian
label Marquee Records in 2009. Although the band faced numerous lineup
changes, especially in their early days, founding guitarists Urbinati,
Rico and bassist Scott Watts recorded every studio album and demo and
drummer Gus Pynn on everything but the Apocalypse Inside demo and CD.
Lineup
Current members
- Rob Urbinati − vocals, guitar (1983–1993, 2006–present)
- Joe Rico − guitar (1983–1993, 2006–present)
- Scott Watts − bass (1983–1993, 2006–present)
- Gus Pynn − drums (1985–1990, 2006–present)
Past members
- Andrew Banks - drums (1983)
- John Baldy − vocals (1983–1985)
- Craig Boyle − drums (1983–1985)
- Ernst Flach − drums (1985)
- Mike Rosenthal − drums (1990–1993)
- Kevin Wimberley − bass (1993)
Discography
Albums
- Torment in Fire(1985), Diabolic Force - also issued (1986), Metal Blade/Roadrunner
- Forward to Termination (1987), Diabolic Force/Metal Blade/Roadrunner/Restless
- Soldiers of Misfortune (1991), Fringe Product - also, Metal Blade
- Apocalypse Inside (1993), Metal Blade
- The Ones I Condemn (2009), Marquee Records Brazil - Sonic Unyon/War on Music/Cyclone Empire
Compilation
- 198666 (2006), War on Music - limited edition red double vinyl
Singles
- "Anthem" (2010), War on Music - limited edition split single with Propagandhi
Demos
- Rehearsal (1984)
- Rehearsal No. 2 (1985)
- The Exorcism (1985), Diabolic Force
- Demo 1987 (1987)
- Demo 1989 (1989)
Monday, 6 January 2014
Thursday, 2 January 2014
POSSESSED salah satu band death metal terawal yang aku minat sejak tahun 1987... Album band ni macam Beyond The Gates, 7 Churches antara yang aku dengar sampai sekarang. Antara band yg mempengaruhi zaman remaja aku dolu-dolu la kiranya ni. Kira masterpiece la album diorang ni. Selepas 26 tahun band ni (walaupun bukan dengan full original line-up) diorg akan datang bikin konsert kat Bangcock, Thailand pada Februari 2014 ni. Wow! meremang bulu ketiak dengar la.. Mcm best jerrr.. mcm nak pegi jerrr!!! Mmg kena possessed la nnti huhaiiii! Only death is real..
Current members
- Jeff Becerra – vocals (1983–1987, 2007–present), bass (1983–1987)
- Emilio Marquez – drums (2007–present)
- Daniel Gonzalez – guitar (2011–present)
- Robert Cardenas – bass (2012–present)
Former members
- Barry Fisk – vocals (1983)
- Brian Montana – guitar (1983–1984)
- Mike Sus – drums (1983–1987)
- Mike Torrao – guitar (1983–1987, 1990–1993), vocals (1990–1993)
- Larry LaLonde – guitar (1984–1987)
- Duane Connley – guitar (1990)
- Dave Alex Couch – guitar (1990)
- Colin Carmichael – drums (1990)
- Chris Stolle – drums (1990)
- Bob Yost – bass (1990–1992)
- Mark Strausburg – guitar (1991–1993)
- Walter Ryan – drums (1991–1993)
- Mike Hollman – guitar (1993)
- Paul Perry – bass (1993)
- Ernesto Bueno – guitar (2007–2010)
- Rick Cortez – guitar (2007–2010)
- Bay Cortez – bass (2007–2010)
- Vanik Vartanian – drums (2008–2009)
- Tony Campos – bass guitar (2011–2012)
- Kelly Mclauchlin – guitar (2011–2013)
Thrashing 'till death...
Subscribe to:
Posts (Atom)